Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Saturday 1 September 2012

BIJAK KARANG 1

KARANGAN CONTOH...

        Berikut adalah karangan lengkap bagi soalan Kertas Penulisan Percubaan UPSR 2012 negeri...

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Cara-cara menghormati keluarga".

                                         CARA-CARA MENGHORMATI KELUARGA



Ahli keluarga merupakan orang yang terhampir dengan kita.  Ahli keluarga terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.
            Terdapat beberapa cara untuk kita menghormati ahli keluarga kita. Antaranya, kita perlulah bersopan ketika bercakap dengan ahli keluarga kita. Ketika bercakap dengan ibu bapa, anak-anak perlulah menjaga pertuturan mereka. Bercakaplah dengan nada suara yang lembut. Elakkan menggunakan bahasa kasar ketika bercakap dengan ahli keluarga. Contohnya, seorang adik tidak boleh berkasar ketika bercakap dengan abang atau kakaknya. Begitulah sebaliknya.
            Menolong ahli keluarga kita juga merupakan antara cara kita menghormati mereka. Kita perlulah mengamalkan sikap bantu-membantu sesama ahli  keluarga. Sebagai anak, kita perlulah membantu ibu dan bapa dalam kerja rumah. Contohnya, membantu ibu mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk atau membasuh pakaian. Begitu juga, bantuan perlu diberikan kepada sesama ahli keluarga kita.
            Kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga Berjaya sebagai cara menghormati keluaraga kita. Apabila kita berjaya mencapai kejayaan, ibu bapa pastinya gembira dan keluarga kita akan mendapat nama baik. Elakkan juga daripada melakukan perkara-perkara negatif supaya nama keluarga kita tidak tercemar.
            Berusahalah menjadi anak yang baik dalam keluarga. Ini juga merupakan cara kita menghormati ahli keluarga. Sebagai ahli keluarga, kita  perlulah mendoakan kebaikan ahli keluraga kita. Sebagai anak, kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Begitu juga sebagai kakak atau abang, perlulah mendoakan kesejahteraan adik-adik kita.
            Bagi melahirkan keluarga yang bahagia, kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.

NOTA:
 Isi karangan ini juga boleh digunakan bagi tajuk “Cara-cara   menghormati ibu bapa”.

2 comments:

  1. terima kasih kerana menuis blog ini . saya punya kerja seolah habis kerana anda . puas saya mencari karangan yang sesuai . akhirny jumpa pon . thank you

    ReplyDelete
  2. blh x buat karangan cra2 menghormati guru..hrp maklum

    ReplyDelete