Berikut adalah karangan lengkap bagi soalan Kertas Penulisan Percubaan UPSR 2012 negeri...
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Cara-cara menghormati keluarga".
CARA-CARA MENGHORMATI KELUARGA
Ahli keluarga merupakan orang yang terhampir dengan kita. Ahli keluarga terdiri daripada ayah, ibu,
abang, kakak dan adik. Kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.
Terdapat beberapa cara
untuk kita menghormati ahli keluarga kita. Antaranya, kita perlulah bersopan
ketika bercakap dengan ahli keluarga kita. Ketika bercakap dengan ibu bapa,
anak-anak perlulah menjaga pertuturan mereka. Bercakaplah dengan nada suara
yang lembut. Elakkan menggunakan bahasa kasar ketika bercakap dengan ahli
keluarga. Contohnya, seorang adik tidak boleh berkasar ketika bercakap dengan
abang atau kakaknya. Begitulah sebaliknya.
Menolong ahli keluarga
kita juga merupakan antara cara kita menghormati mereka. Kita perlulah
mengamalkan sikap bantu-membantu sesama ahli keluarga. Sebagai anak, kita perlulah membantu
ibu dan bapa dalam kerja rumah. Contohnya, membantu ibu mengemas rumah, mencuci
pinggan mangkuk atau membasuh pakaian. Begitu juga, bantuan perlu diberikan
kepada sesama ahli keluarga kita.
Kita juga perlu
berusaha bersungguh-sungguh sehingga Berjaya sebagai cara menghormati keluaraga
kita. Apabila kita berjaya mencapai kejayaan, ibu bapa pastinya gembira dan
keluarga kita akan mendapat nama baik. Elakkan juga daripada melakukan perkara-perkara
negatif supaya nama keluarga kita tidak tercemar.
Berusahalah menjadi
anak yang baik dalam keluarga. Ini juga merupakan cara kita menghormati ahli
keluarga. Sebagai ahli keluarga, kita perlulah
mendoakan kebaikan ahli keluraga kita. Sebagai anak, kita mendoakan
kesejahteraan ibu bapa. Begitu juga sebagai kakak atau abang, perlulah
mendoakan kesejahteraan adik-adik kita.
Bagi melahirkan
keluarga yang bahagia, kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.
NOTA:
Isi karangan ini juga boleh
digunakan bagi tajuk “Cara-cara menghormati ibu bapa”.
terima kasih kerana menuis blog ini . saya punya kerja seolah habis kerana anda . puas saya mencari karangan yang sesuai . akhirny jumpa pon . thank you
ReplyDeleteblh x buat karangan cra2 menghormati guru..hrp maklum
ReplyDelete