Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Sunday 27 January 2013

Pautan ke-2
PSV3105

RUJUKAN TUGASAN PSV 3105 SEM4

Pautan untuk rujukan PSV3105

RUJUKAN PSV3105 SEM 4

Rujukan 1
Rujukan PSV

Thursday 24 January 2013

LAGI ...TENTANG BAHASA



Soalan:
Cikgu, adakah perkataan “terkenal ” dan “termasyhur” dapat bertukar ganti dalam ayat yang di bawah ini:

1.      1.  Penyanyi yang terkenal sekali di negara kita ialah Datuk Siti Nurhaliza.
2.       2. Penyanyi yang termasyhur sekali di negara kita ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Daripada:
Aida Nabila, SMK Simpang Rengam.

Jawaban:

Perkataan “terkenal” dan “termasyhur” tidak dapat bertukar ganti dalam ayat tersebut di atas kerana makna kedua-dua perkataan tersebut berbeza. Dari segi kegramatisan, ayat (1) betul, manakala ayat (2) salah atau tidak gramatis. Ayat (1) betul kerana perkataan “terkenal” bermaksud masyhur. Marilah kita lihat ayat (1) apabila perkataan “terkenal” digantikan dengan perkataan “masyhur” seperti yang berikut ini:

1(a) Penyanyi yang masyhur sekali di negara kita ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Ayat (2) pula salah kerana perkataan “termasyhur” bermaksud “paling masyhur”. Dalam bahasa Melayu, perkataan berawalan ter- yang membawa maksud “paling” tidak boleh diikuti oleh kata penguat “sekali”. Kesalahan bahasa seperti ini dikategorikan sebagai kelewahan bahasa. Lihat ayat tersebut seperti yang di bawah ini:

2(a) Penyanyi yang paling masyhur sekali di negara kita ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Sebagai kesimpulannya, imbuhan “ter-“ pada perkataan “kenal” tidak membawa maksud “paling”. Hal ini dikatakan demikian kerana frasa “paling kenal” tidak wujud dalam bahasa Melayu. Oleh itu, berhati-hatilah apabila menggunakan perkataan “terkenal” dan “termasyhur” dalam ayat. Perkataan “terkenal” boleh diikuti oleh kata penguat “sekali”, manakala perkataan “termasyhur” tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali. Hal ini berlaku demikian kerana maksud kedua-dua perkataan tersebut berbeza.



Sunday, November 18, 2012

Soalan: