Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Friday 28 September 2012

MENGHARGAI GURU

UCAPAN BERSEMPENA HARI GURU

Bersempena dengan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah, murid menyampaikan ucapan bagi menghargai jasa guru. Berikut adalah ucapan contoh.....


TAJUK : MENGHARGAI JASA GURU
PERHIMPUNAN UNIT TKRS (PERHIMPUNAN KO-KO)

Yang Berusaha Tn Guru Besar Pn. Hjh Siti Noor bt. Iberahim
Yang Berbahagia Barisan Penolong Kanan
Yang Dihormati Guru-Guru
Seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

                Pada hari yang berbahagia ini saya rasa terpanggil untuk menyampaikan sedikit bicara bersempena dengan sambutan hari guru yang akan kita sambut pada 16 Mei saban tahun dan insyaallah mungkin kita berkesempatan untuk menyambutnya esok.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
                Guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, lausher dan banyak lagi gelaran  merujuk kepada seorang individu atau insan yang mengajar kita di sekolah. Mereka ialah insan hebat  yang telah memberi didikan dan ilmu kepada kita. Bermula dari kita tidak mengenal apa-apa, tidak mengenal ABC, tidak mengenal 123, tidak mengenal alif, ba, ta sehinggalah ada di antara kita yang telah berjaya mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, mahu pun peningkatan dalam kokurikulum.

Rakan-rakan sekalian,

                Ketika ini tugas guru amat mencabar, bukan sekadar memberi didikan  ilmu, malahan guru juga terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajarnya. Kenakalan pelajar sebenarnya tidak menjadi kudis kepada guru-guru kita asalkan mereka dapat mencurahkan ilmu kepada kita. Itu yang perlu kita sedar wahai rakan-rakan.

                Di sini juga saya ingin berkongsi rasa untuk menyatakan peranan dan komitmen guru menuntut mereka melakukan tugas dengan penuh sabar dan dedikasi kerana banyak perkara yang tidak pernah difikirkan oleh kita seperti gejala merokok, ponteng, keciciran pelajaran dan sebagainya menjadi cabaran kepada guru untuk menanganinya.

                Oleh itu rakan-rakan, saya ingin menyeru kepada semua agar kita sama-sama menyedari besarnya pengorbanan guru dan hormatilah guru kita terutama guru-guru SK Taman Bersatu. Banyak cara untuk kita menunjukkan keikhlasan kita menghormati mereka. Berilah tumpuan semasa mereka mengajar, relakanlah diri kita ditegur jika telah melakukan kesilapan, berikanlah tunduk hormat semasa menyampaikan salam, tonjolkan diri untuk menjadi pelajar cemerlang, semua itu akan membuatkan hati guru kita menjadi girang.

                Akhir kata rakan-rakan, belajarlah cara untuk menghormati guru kita kerana mereka semua umpama ibu bapa kita. Buangkanlah perlakuan yang bisa menghiris hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita. Sekian, sebelum saya menghabiskan bait-bait bicara, selamat menyambut hari guru.

                

No comments:

Post a Comment