Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Thursday 6 September 2012

BIJAK KARANG 3

KARANGAN JENIS FAKTA

Berikut adalah karangan yang terdapat dalam Kertas Penulisan Percubaan negeri......bertajuk "FAEDAH MENABUNG".

                                                   "FAEDAH MENABUNG"

           Kita tidak dapat hidup dengan sempurna tanpa wang.  Wang sangat penting kepada manusia. Oleh itu kita perlu menabung kerana menabung mempunyai banyak faedah.

           Jika kita menabung, wang itu dapat digunakan ketika kecemasan. Contohnya, jika kita sakit, kita boleh menggunakan wang yang disimpan untuk membayar bil perubatan dan membeli ubat-ubatan. Secara tidak langsung kita boleh mendapat rawatan dengan segera sekiranya sakit.

           Wang yang disimpan juga dapat digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika kita berjaya melanjutkan pelajaran, sudah pasti kita memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membeli buku-buku dan peralatan belajar. Sudah pasti kita dapat membeli barang-barang tersebut secara tunai.






No comments:

Post a Comment