Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Wednesday 5 September 2012

BIJAK KARANG 2

KARANGAN CATATAN

SOALAN :

     Anda dan keluarga telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti sekolah yang lalu.
Tuliskan catatan tentang percutian tersebut.

KARANGAN CONTOH  :

8.30 pagi

Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah. Perjalanan kami ke Pulau Langkawi menaiki feri mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa kagum melihat keindahan laut ciptaan Allah yang saujana luasnya. Nasib baik aku tidak muntah semasa di dalam feri walaupun laut agak beralun ketika itu.

9.30  pagi

Akhirnya kami tiba di jeti Langkawi setelah menempuhi laut hampir sejam lamanya. Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan kami. Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini.

10.00 pagi

Kami sekeluarga menuju ke Underwater World. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita. Aku berasa agak terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan mengambil atau merakamkan foto sebagai kenang-kenangan.

12.00 tengah hari

Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahathir. Sememangnya inilah tempat yang paling ingin aku kunjungi kerana berpeluang melihat pelbagai barangan milik mantan Perdana Menteri kita yang bernilai tinggi yang dipamerkan. Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam kerajaan.

2.30 petang

Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Aku memeluk ibu yang berasa gerun berada di tempat yang tinggi. Sebenarnya aku sendiri pun gayat melihat pemandangan dari atas. Namun, aku kuatkan hati untuk melihat  keindahan Pulau Langkawi. Kami sekeluarga sempat mengambil foto sebagai kenang-kenangan.

6.00 petang

Tidak lengkap rasanya jika ke sini tidak membeli belah. Aku membeli sedikit cenderahati untuk diberikan kepada kawan-kawan aku nant. Sementara ibu, tidak ketinggalan membeli beberapa barang dapur untuk dibawa pulang. Tidak lupa juga aku membeli sedikit barang untuk diri sendiri iaitu T-shirt yang tertulis "Langkawi" sebagai kenang-kenangan. Selepas selesai membeli-belah, kami bertolak pulang. Kami tiba di jeti Langkawi untuk menaiki feri ke Kuala Kedah. Meskipun kunjungan kami singkat, namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment