TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Yang Dihormati Tuan Pengerusi
Majlis,
Barisan Panel Hakim Yang Arif
Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan
seterusnya hadirin –hadirat sekalian.
Assalamualaikum pembuka bicara.
“Alam Sekitar Tanggungjawab
Bersama”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini.
Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan
ini.
Mengikut kamus dewan, ‘alam
sekitar’ ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.
‘Tanggungjawab’ pula
ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang,
manakala ‘bersama’ pula diertikan sebagai semua yang terlibat.
Oleh itu dapatlah disimpulkan
bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar merupakan
satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat
sekalian, ‘bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan
mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.
Hadirin yang dihormati,
Negara kita Malaysia sedang
dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini mata dapat menikmati
bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita
nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam
sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini amat berkait rapat.
Hadirin yang dihormati,
Menjaga alam sekitar bukanlah
semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih daripada yang
dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian.
Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah
pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah
melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara
alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi
sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam
sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.
Kita sewajarnya mencontohi
sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka percaya
sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga demikian.
Hadirin yang dikasihi.
Wajah kita sebenarnya dapat
dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan
menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung
hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke
sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya
kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar.
Hadirin yang dihormati,
Siapakah yang perlu menjaga
alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah
orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi
pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula
diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik.
Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan
memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin
sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar
kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah
alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih
besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.
Hadirin sekalian.
Malaysia juga sebenarnya sudah
mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam
Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap
alam sekitar.
Berdasarkan hujah yang telah
saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga
alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita
diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah sumber
makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat,
semuanya bergantung pada alam sekitar
yang sihat.
Akhir kata, saya menyeru kepada
semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-sama bertanggungjawab untuk
menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini sebelum saya menutup
bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai
tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil
tentangnya.
Sekian, terima kasih.
panjang siot
ReplyDeleteAssalamualaikum.....terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteIzinkan saya berkongsi dengan anak murid saya...
asalamualaikum......izinkan saya untuk membuat rujukan pidato ini
ReplyDeleteMinta Izin untuk membuat rujukan
ReplyDeleteAssalamualaikum...mohon share cg
ReplyDeleteassalam . nak buat rujukan untuk anak murid saya berpidato.:D
ReplyDeleteAssalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. izinkan sya buat rujukan untuk murid sya..tq
ReplyDelete