Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Thursday 30 August 2012

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KATA HUBUNG


.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

PENGGUNAAN KATA TIDAK TEPAT

1.  adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?

2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.




3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.

Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.

4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.


No comments:

Post a Comment