Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Sunday 26 August 2012

DI SEBALIK TUGASAN...

REFLEKSI TUGASAN :


Melihat pada pro Forma tajuk sem 3 ini, P&P berpandukan komputer, apatah lagi dengan perincian tajuk berkaitan dengan pembinaan blog, saya dapat mengagak akan ‘dibebani ‘ dengan tugasan yang mencabar.


               Telahan itu betul, tugasan membina blog menanti kami… Sejujurnya dapat saya katakan subjek ini amat menarik dan releven dengan situasi menjelang abad ke-21 ini. Ini merupakan peluang untuk saya mendalami bidang ICT dengan lebih terperinci lagi walaupun ruang masa pembelajaran kami agak terhad, hanya 5 interaksi sahaja namun cukup untuk saya menambahkan input pengetahuan dalam bidang ini secara asas.


                Dalam era ledakan maklumat, sebagai pendidik yang sentiasa berdepan dengan cabaran, perlu mendapat maklumat dengan segera untuk tujuan pendidikan kepada pelajar. Pastinya kandungan  Pro Forma Kursus bagi Kertas BMM3105 menepati sasaran dan dapat membri info tentang pencarian maklumat  dengan mudah. Tips Pencarian Enjin, Dasar dan Etika Penggunaan Komputer, Pengajaran Berpandukan Komputer, dan tajuk-tajuk lain sememangnya memberi pengetahuan yang berguna untuk saya.


                  Pada awalnya, saya agak runsing dengan tajuk 'Pembinaan Blog'. Topik ini saya rasa berat untuk dihadapi. Perasaan yang sama dengan rakan-rakan apabila dibualkan mengenai blog. Berat kaki rasanyauntuk menghadiri kuliah pertama disebabkan ada subjek ini. Pertanyaan pertama, "Adakah Aku Mampu?". Apatah lagi dengan pengalaman rakan yang mengikuti pengajian di UUM sanggup menamatkan pengajiannya disebabkan katanya tertekan dengan pembinaan blog. Jadisaya mendapat gambaran bahawa pembinaan blog ini pastinya terlalu sukar. Namun sebagai guru yang hampir 17 tahun berkecimpung dalam dunia perguruan, tidak perlu kita sukarkan sesuatu perkara.


                   Alhamdulillah, untuk tugasan ini, walaupun tidak menguasai 100% kemahiran, saya mampu melaksanakannya  sendiri. Pada awalnya memang kabur, tetapi apabila dicuba berulang kali, agak jelas. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan, banyak kekangan terpaksa dihadapi. Di sekolah, dibebani dengan tugas hakiki, menyebabkan ruang masa  amat terhad kerana terpaksa berkongsi masa untuk menyiapkan tugasan lain.Di samping kita juga berdepan dengan bulan puasa. Jadi, saya terpaksa 'mencuri' masa rehat di sekolah untuk berkolaboratif dengan rakan sejawat yang mahir dalam ICT, meminta panduan untuk pembinaan blog di samping melakukan pencarian kendiri melalui internet. Begitu juga, tajuk-tajuk yang terkandung dalam Pro Forma ini juga dapat saya aplikasikan dalam pencarian maklumat bagi di'post'kan ke dalam blog.


                   Dapat saya rumuskan, sepanjang pembinaan blog, di samping memperolehi ilmu tentang cara pembinaannya, saya  juga dapat menambahkan pengetahuan dan memantapkan lagi ilmu dalam bahasa berdasarkan tajuk-tajuk yang dipilih (Aspek Tatabahasa)  untuk di"post'kan ke dalam blog.  

                     Sesuatu perkara baru, pastinya sukar, tetapi dengan bimbingan daripada pensyarah, rakan-rakan serta rujukan lain,  dapat saya katakan, pembinaan blog ini tidaklah sesukar yang disangkakan, asalkan kita cuba menanamkan minat dan berusaha melakukannya. Cuma pemilihan bahan untuk pengisian blog perlu dirancang dengan teliti agar maklumat tersebut dapat dan sesuai untuk dikongsi. Untuk itu , sehingga kini saya masih berusaha untuk melengkapkan blog saya dengan bahan-bahan yang sesuai. Saya berharap agar dapat melaksanakan segala tugasan dengan baik dan menepati kehendak. Insyaallah.. di samping penyampaian sesi pengajaran oleh pensyarah secara santai membuatkan kini saya tidak tertekan untuk subjek ini. 

Sekian..

No comments:

Post a Comment