Aspek penggunaan Tatabahasa yang betul sering diabaikan oleh murid-murid malahan di kalangan guru sendiri tidak peka tentang aspek ini.
Nota berikut adalah tentang aspek kesalahan dalam penggunaan Kata Ganti Diri.
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata
Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering
digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.
( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu
garang. Beliau terpaksa
dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak
boleh digunakan untuk binatang dan benda.
- Baju ini mahal.
Ia diimport dari
Itali. ( salah )
- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari
Itali. ( betul )
- Beruang ini
sakit. Ia perlu dirawat. (
salah )
- Beruang ini
sakit. Beruang ini perlu dirawat. (
betul )
4. Kata kami
bererti “ saya
dengan dia”. Orang
yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang
yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami mesti memenangi
perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
- “Kita mesti memenangi
perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
- “Kita akan ke rumah
awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
- “Kami akan ke rumah
awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
- Ayam-ayam itu
dikurung. Mereka akan disembelih.
( salah )
- Ayam-ayam itu
dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih.
( betul )
- Buku-buku ini
tebal. Mereka Syimir baca. (
salah )
- Buku-buku
ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. (
betul )
6. Kata mereka tidak
boleh diulang.
- Mereka-mereka yang ditawan
berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang ditawan
berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata
ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
- Kalau tidak
dirawat mungkin ianya akan lumpuh. (
salah )
- Kalau tidak
dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. (
betul )
- Kucing itu mati
kerana ianya dilanggar
kereta. ( salah )
- Kucing itu mati
kerana dilanggar kereta. ( betul )
No comments:
Post a Comment