Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Thursday 30 August 2012

PENJODOH BILANGAN


Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.
      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
  sekalian orang peserta
  para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru







3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada
   ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untukmenunjukkan keanggotaan.

SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat darisutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdaripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~ 
 Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun
 di belakang rumah ( betul  )
     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada
 pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada
 pada Suzie. ( betul )
4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan
 kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi
 ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa
 ke semasa. ( betul )


No comments:

Post a Comment