Agar rezeki kita sebagai pendidik diberkati.....
Renungan....
ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....
Generasiku........

Pewaris Bahasa Melayu
Friday, 12 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
BBM BERBANTUKAN KOMPUTER
BBM di bawah diharap dapat membantu untuk aktiviti Penulisan Bahagian C:
Sila klik pautan di bawah....
BBM BERBANTUKAN KOMPUTER
Sila klik pautan di bawah....
BBM BERBANTUKAN KOMPUTER
Wednesday, 3 October 2012
MEMANTAP BAHASA MELAYU...
Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu, amalan membaca perlu digalakkan...pastinya perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah.... Jadikan membaca sebagai amalan....
KASIH IBU, PENGORBANAN ANAK...
Video ini sememangnya menarik untuk ditonton, besar juga pengorbanan anak untuk menunjukkan kasih-sayang mereka terhadap si ibu....
Saturday, 29 September 2012
SAMPAI BILA......
BEBAN GURU........
Ini adalah ulasan tentang beban guru yang ditulis oleh saya berdasarkan jurnal Isu Tekanan Dan Beban Guru seta Kepuasan Bekerja......
Ini adalah ulasan tentang beban guru yang ditulis oleh saya berdasarkan jurnal Isu Tekanan Dan Beban Guru seta Kepuasan Bekerja......
PENDAHULUAN :
Guru merupakan satu profesion mulia
yang berperanan sebagai penyampai ilmu, pendidik, pembimbing, pengajar,
pengasuh, mentor, penunjuk teladan yang baik serta agen perubahan masyarakat. Oleh itu, tugas dan tanggungjawab guru amatlah
besar dan berat. Tetapi sekarang tugas guru untuk mengajar, mendidik dan
membimbing murid agak terganggu
disebabkan guru turut dibebani dengan beberapa tugas lain. Sebenarnya isu
bebanan guru ini bukanlah perkara baru namun telah lama diperkatakan dan
diperdebatkan tetapi seperti tiada berpenghujung.
Di sini saya tertarik dengan artikel
ini kerana isu yang dibincangkan di dalamnya amat wajar untuk diulas apatah
lagi dewasa ini bidang kurikulum ada yang mengalami perubahan. Di sini kita
ingin melihat adakah perubahan yang berlaku dalam bidang kurikulum turut
mempengaruhi bebanan guru.
Jurnal ini menyatakan dengan jelas
faktor-faktor yang menyebabkan guru terbeban dengan tugas lain selain dari
tugas mengajar dan juga kajian-kajian yang telah dijalankan oleh NUTP dalam usaha
mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Ulasan ini meliputi tiga bahagian iaitu :
a.
Punca tekanan
b.
Laporan Bebanan Guru Oleh NUTP
c.
Kajian
Dalaman NUTP
Secara amnya
menurut Kyriacou, 1989 tekanan didefinisikan sebagai satu keadaan emosi
yang
kurang selesa yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan.
Manakala Quick & Quick, 1984 pula berpendapat, tekanan dan bebanan
mengakibatkan masalah kesihatan dan kemerosotan prestasi kerja. Profesion
perguruan kini telah dikenalpasti mempunyai banyak tekanan berpunca dari
bebanan yang keterlaluan. Fenomena ini telah mengakibatkan faktor-faktor
guru-guru berhenti kerja, ponteng bertrugas dan tidak mencapai kepuasan
bekerja.
Terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca tekanan kepada guru. Antaranya :
a.
Tingkah laku pelajar yang pelbagai ragam dan
mempunyai kaitan dengan masalah disiplin.
b.
Persekitaran
kerja yang kurang memuaskan dari segi
pengurusan.
c.
Hubungan yang kurang memuaskan antara rakan
sekerja kerana kekurangan kemahiran interpersonal serta interaksi sosial di
persekitaran sekolah yang semakin kompleks.
d.
Bebanan
tugas yang berlebihan dan rutin kerja mengakibatkan tekanan emosi.
Mengikut Singer
(1993) dalam kajiannya menyatakan terdapat dua punca utama guru
meninggalkan
profesion perguruan iaitu guru yang terlibat dalam perniagaan dan mendapati
berniaga lebih memberikan kepuasan bekerja dan menjamin kewangan. Faktor kedua,
adalah berkaitan dengan disiplin pelajar dan persekitaran kerja yang kurang
memuaskan.
Secara rumusannya, punca dan cara
mengendalikan tekanan di kalangan guru adalah berbeza. Terdapat tiga kategori
guru iaitu :
a.
Guru yang meninggalkan profesion perguruan
kerana tidak sanggup menghadapi tekanan dan beban kerja.
b.
Guru
yang mengalami tekanan dan beban kerja berlebihan tetapi masih meneruskan kerja
tetapi menghitung hari untuk bercuti atau bersara.
c.
Guru-guru
yang semakin maju dan meningkat dari segi profesion walaupun mengalami tekanan
dan bebanan kerana mereka berkemampuan untuk menanganinya.
Menurut laporan
yang telah dikemukakan oleh NUTP kepda jawatankuasa khas yang
dipengerusikan oleh Tan Sri Rahman Arshad beberapa pandangan
tentang bebanan guru telah diperolehi.
Pandangan-pandangan tersebut menyatakan dengan jelas tugas guru sebagai
pendidik, pendisiplin dan pembimbing murid. Tugas utama guru adalah mengajar
dan semua bimbingan guru dalam bidang ko-kurikulum adalah untuk pembelajaran
murid.
Selain perlu mengajar hingga 30
waktu seminggu bagi sekolah rendah dan 28 waktu untuk sekolah menengah, guru
juga perlu melaksanakan kegiatan ko-kurikulum sebanyak 2-4 jam seminggu. Guru
juga turut terbeban dengan tugasan lain seperti menyemak buku bertulis murid,
mengendalikan mesyuarat PIBG, menghadiri mesyuarat dan bengkel, mengawas
peperiksaan dan mengendalikan sukan di peringkat Jabatan Pelajaran dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
Guru tidak dapat memberi perhatian kepada murid secara individu kerana
bilangan murid terlalu ramai. Kadangkala guru dan murid terlibat dalam
menambahkan dana sekolah untuk tujuan pembangunan fizikal sekolah dengan cara
mengutip derma.Keadaan ini menjejaskan tumpuan guru terhadapa pengajaran mereka.
Apatah lagi sekiranya arahan ini datang dari Jabatan Pelajaran atau Pejabat
Pelajaran Daerah.
Guru terpaksa menghadiri banyak
mesyuarat dan bengkel jika terdapat perubahan kurikulum dan secara tidak
langsung menjejas tumpuan guru terhadap pengajaran. Kehadiran guru ganti tidak
meninggalkan impak yang besar. Perlindungan undang-undang juga tidak diberikan
kepada guru sekiranya terdapat masalah ketika mereka menyelesaikan masalah
displin murid. Ini amat berat.
Terdapat beberapa projek untuk
matapelajaran tertentu yang memerlukan murid sekolah rendah dan menengah
melakukan kajian di luar kawasan sekolah dan ini menimbulkan masalah keselamatan.
Begitu juga, tumpuan guru terhadap pengajaran terjejas kerana guru menggunakan
masa terlalu banyak untuk persediaan peperiksaan. Peperiksaan formatif amatlah
perlu berdasarkan pengajaran guru di dalam kelas dan sesuai dengan keperluan
murid.
Pandangan ini juga mencadangkan
supaya bayaran diberikan kepada guru yang menjalankan kelas tambahan kerana
mereka mempunyai beban tugas dalam waktu persekolahan.Jawatankuasa khas
tersebut juga telah mengemukakan pandangan yang amat penting untuk profesion
perguruan bertujuan mengurangkan bebanan guru dalam usaha meningkatkan semula
fokus dalam “core business” mereka iaitu
mengajar. Antaranya :
a.
Perakuan
24 – Mengkaji semula keperluan guru merekod pelbagai jenis borang seperti buku rekod, kad 001-002, buku
rekod ko-kurikulum, salinan lembaran markah dan lain-lain yang bertindih
diganti dengan dipermudahkan dengan system komputer.
b.
Perakuan
25- Projek yang berdasarkan mata pelajaran tertentu menggunakan sepenuhnya
kemudahan seperti pusat sumber dan persekitaran sekolah.
c.
Perakuan
26- Kekerapan guru bermesyuarat di peringkat daerah, jabatan dan Kementerian
Pelajaran hendaklah dikurangkan dan hendaklah bersesuaian dengan keperluan guru
dan sekolah.
d.
Perakuan
27 – Peperiksaan formal dikurangkan dengan meneruskan Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Akhir Tahun secara peperiksaan formatif.
e.
Perakuan
29 – Guru diberikan perlindungan dan bantuan guaman sekiranya terdapat masalah
yang rumit semasa menyelesaikan masalah disiplin murid.
f.
Perakuan
30 – Perlindungan insurans serta bayaran elaun makan,penginapan dan
pengangkutan diberikan kepada guru yang
menjalankan kegiatan ko-kurikulum di luar sekolah dan kepada guru pengiring.
Kalayakan tuntutan mestilah mengikut pekeliling perbendahaan Bil.2/1992 dan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995.
g.
Perakuan
33- Penglibatan guru dalam aktiviti anjuran luar Kemeterian Pelajaran hendaklah
dikurangkan mengikut kesesuaian.
h.
Perakuan
34 – Kerja mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran, kertas soalan
peperiksaan dan ujian, pungutan yuran, pendaftaran murid, pinjaman buku teks,
penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya dilakukan oleh sdtaf
sokongan.
i.
Perakuan
35 – Satu unit pentadbiran sekolah untuk membantu pengetua dan guru besar
hendaklah diwujudkan bagi mengendalikan urusan kewangan dan pengurusan sekolah.
bilangan staf sokongan hendaklah memenuhi keperluan sekolah masa kini.
Pihak NUTP juga telah menyenaraikan secara
terperinci bebanan guru meliputi 68 jenis bebanan kerja dalam kajian dalaman
mereka. Jenis beban kerja ini meliputi Pengurusan/ Pentadbiran, Kurikulum/
Akademik, Hal Ehwal Murid, Ko-Kurikulum, Bina Insan dan Agensi/ Kementerian. Dapatan dari kajian ini mendapati guru begitu
dibebankan dengan kerja merekod seperti rekod kehadiran, profil murid, rekod
peperiksaan dan penggunaan terlalu banyak borang yang tidak seragam.
Dalam bidang Hal Ehwal Murid pula,
guru perlu merekod borang-borang berkaitan SBT, SPBT, Biasiswa, One-Off sepatutnya
diuruskan sendiri oleh pihak-pihak berkenaan. Begitu juga dengan kes-kes
disiplin perlu dapat kerjasama masyarakat setempat, barulah dapat dikurangkan
bebanan guru untuk mengendalikannya.
Bagi bidang ko-kurikulum pula, aspek
keselamatan sering dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah dan tiada
tuntutan dan cuti gantian jika kegiatan dilakukan di luar waktu persekolahan.
Begitu juga dengan hubungan dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan
dan swasta sering mengganggu tugas P&P. Secara
rumusannya, jika bebanan ini tidak diambil perhatian, proses p&p tidak
lancar dan sempurna sehingga hilang objektif pendidikan . Terlalu banyak kerja
perkeranian hinggakan soal kebajikan diabaikan.
Hasil dapatan kajian tersebut, terdapat 68
jenis beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru sedangkan “core-business”
guru iaitu mengajar menjadi kecil saiznya. Ini kerana guru terpaksa meluangkan
masa yang ada di sekolah yang diperlukan untuk mengajar, membimbing murid dan memeriksa hasil kerja murid dengan melakukan tugas-tugas perkeranian
tersebut. Hinggakan kadang-kadang keutamaan lebih diberikan kepada kerja-kerja
tersebut berdasarkan arahan dan kehendak pihak pentadbiran. Arahan-arahan melalui
telefon atau fax dari pihak atasan supaya “datang segera” atau “hantar segera”
menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas-tugas perkeranian tersebut.
Di samping itu, guru-guru yang
dipinjamkan oleh Jabatan Pelajaran dan
Pejabat Pelajaran Daerah turut menjejaskan proses P&P kerana guru-guru yang
keluar tidak diisi kuota mereka hinggakan guru-guru yang sedia ada terpaksa
menggantikan kelas. Ini menambahkan lagi bebanan guru. Tetapi tidak dinafikan
jika ada pun guru tambahan lain yang
tetap mengalami kerugian ialah murid-murid.
Berlakunya perubahan dalam bidang
kurikulum iatu KSSR (Kurikulum Standard
Selah Rendah) dijangkja menambahkan lagi bebanan guru. Ini kerana bagi melihat
prestasi murid secara berterusan, guru perlu mewujudkan fail bagi setiap individu
(murid). Bayangkan jika dalam satu kelas terdapat 40 orang murid, maka 40 fail
perlu diwujudkan. Apatah lagi jika di
sesuatu sekolah mempunyai dua hingga empat kelas untuk tahun satu. Ini tidak
termasuk lagi dengan penulisan Buku Rekod Mengajar yang perlu dimasukkan banyak
item menambahkan lagi kerja merekod guru terutama guru tahun 1. Sedangkan hakikat sebenarnya masa yang
diperuntukkan semasa waktu persekolahan amat diperlukan bagi memberi tumpuan
terhadap pengajaran dan membimbing murid.
Sebenarnya
isu ini telah banyak ditimbulkan dalam beberapa forum namun,tidak ada
penyelesaian yang jelas. Situasi yang sama tetap berlaku. Apabila dibangkitkan
ramai beranggapan guru ingin lari dari tugas, tetapi sebenarnya guru ingin
menumpukan pada mengajar. Sebenarnya tugas perkeranian ini tidak memberi faedah
kepada sesiapa pun termasuk murid dan ibu bapa.
Dari segi kepuasan mengajar, guru akan
lebih berasa puas sekiranya mereka dapat member fokus kepada tugas mengajar
semata-mata di samping memeriksa buku setiap pelajarnya. Ini kerana guru tidak
perlu memikirkan komitmen lain. Masa yang ada boleh ditumpukan kepada
perancangan pengajaran yang boleh memberi kesan kepada setiap pelajar.
Beban dan tekanan guru telah
mula diambil perhatian serius oleh pihak
Kementerian Pelajaran untuk diatasi serta diberi penambahbaikkan. Buktinya
semasa sambutan Hari Guru tahun lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom telah memaklumkan proses pengumpulan maklumat dan
perbincangan mengenai kajian bebanan guru telah berada di peringkat akhir.
Laporan itu akan diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin
untuk diumumkan. Bagaimanapun para guru masih menunggukan satu keputusan yang
menampakkan perubahan yang besar dalam isu ini.
Apa sekalipun keputusan
Kementerian, dalam hal ini diharapkan semua pihak perlu memandang serius
tentang isu ini kerana setiap keputusan kesannya adalah terhadap
pelajar-pelajar kita. Bebanan guru dalam menjalankan tugas-tugas perkeranian
dan tugas-tugas lain tetap tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Jika sekiranya tenaga serta
kemahiran guru yang menjalankan tugas-tugas tambahan yang sia-sia dialihkan
kepada pengajaran, bukan sahaja murid-murid yang berkaliber dilahirkan tetapi
kualiti pengajaran akan ditingkatkan. Biarlah guru-guru berada dalam keadaan
mental yang baik dan tanpa tekanan supaya kualiti mengajar dapat ditingkatkan.
Gurguru yang mengajar tanpa tekanan dan bebanan adalah guru yang berkualiti dan
Negara juga memerlukan pendidik seperti ini.
Kesimpulannya, diharapkan
pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil satu penyelesaian yang terbaik yang
dapat menguntungkan pelajar-pelajar yang merupakan aset kepada Negara. Negara
bergantung kepada “pencorak” generasi
muda iaitu guru.
RUJUKAN UPSR
SET SOALAN PERCUBAAN UPSR 2012
Anda boleh dapatkan set soalan UPSR 2011 melalui pautan di bawah :
SOALAN PERCUBAAN UPSR NEGERI 2012
Anda boleh dapatkan set soalan UPSR 2011 melalui pautan di bawah :
SOALAN PERCUBAAN UPSR NEGERI 2012
PIDATO
Berikut adalah contoh Pidato yang disampaikan oleh pelajar dalam Pertandingan Pidato bersempena Karnival Bahasa....
TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Yang Dihormati Tuan Pengerusi
Majlis,
Barisan Panel Hakim Yang Arif
Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan
seterusnya hadirin –hadirat sekalian.
Assalamualaikum pembuka bicara.
“Alam Sekitar Tanggungjawab
Bersama”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini.
Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan
ini.
Mengikut kamus dewan, ‘alam
sekitar’ ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.
‘Tanggungjawab’ pula
ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang,
manakala ‘bersama’ pula diertikan sebagai semua yang terlibat.
Oleh itu dapatlah disimpulkan
bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar merupakan
satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat
sekalian, ‘bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan
mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.
Hadirin yang dihormati,
Negara kita Malaysia sedang
dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini mata dapat menikmati
bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita
nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam
sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini amat berkait rapat.
Hadirin yang dihormati,
Menjaga alam sekitar bukanlah
semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih daripada yang
dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian.
Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah
pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah
melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara
alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi
sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam
sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.
Kita sewajarnya mencontohi
sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka percaya
sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga demikian.
Hadirin yang dikasihi.
Wajah kita sebenarnya dapat
dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan
menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung
hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke
sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya
kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar.
Hadirin yang dihormati,
Siapakah yang perlu menjaga
alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah
orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi
pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula
diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik.
Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan
memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin
sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar
kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah
alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih
besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.
Hadirin sekalian.
Malaysia juga sebenarnya sudah
mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam
Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap
alam sekitar.
Berdasarkan hujah yang telah
saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga
alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita
diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah sumber
makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat,
semuanya bergantung pada alam sekitar
yang sihat.
Akhir kata, saya menyeru kepada
semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-sama bertanggungjawab untuk
menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini sebelum saya menutup
bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai
tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil
tentangnya.
Sekian, terima kasih.
CETUSAN RASA
REFLEKSI KESELURUHAN TUGASAN
Tugasan saya telah sampai ke garisan penamat.
Apa yang dapat dirumuskan, perasaan saya agak lega kerana dapat juga
melaksanakan tugasan yang memerlukan peruntukan masa yang mencukupi bagi
melaksanakannya sedangkan ruang masa kami memang agak terhad.
Sewaktu
penerimaan tugasan dalam kelas, sememangnya agak kabur kerana pensyarah
pembimbing perlu menyampaikan input untuk beberapa topik sekaligus untuk ruang
interaksi yang terhad. Sememangnya di dalam kelas, kita hanya dapat menerima
tugasan secara dasar tanpa praktikal. Ini dapat dirasai untuk topik pembinaan
blog. Sejujurnya dapat dikatakan untuk topik ini, memang agak berat untuk
dilaksanakan kerana melibatkan penguasaan ICT, apatah lagi selama ini pun saya
tidak mempunyai pengetahuan asas untuk pembinaan blog.
Kita tidak akan nampak masalah jika tidak
melaksanakannya. Saya memulakan langkah
dengan mencari bahan melalui internet tentang cara-cara pembinaannya.
Seperti biasa, melalui bahan bacaan sahaja tidak mencukupi, pertanyaan dengan rakan sejawat yang mahir dalam ICT
dilakukan. Tetapi, masa juga yang menjadi masalah kerana rakan-rakan juga
terbeban dengan tugas-tugas mereka di sekolah. Sukar juga untuk saya
berinteraksi dengan mereka secara kerap.
Mahu tidak mahu, banyak perkara perlu dilakukan secara kendiri.
Alhamdulillah, setiap permasalahan yang timbul, jika dirujuk kepada pensyarah
pembimbing, beliau turut memberi panduan. Semua ini memberi laluan yang mudah
untuk saya melaksanakan tugasan pembinaan blog. Setiap arahan ‘posting’ bahan
pembelajaran dapat dilaksanakan, dan tidak sukar untuk dilakukan.
Walaupun jika dilihat, blog saya tidak “secanggih” yang
lain, mungkin kurang lengkap dari segi penambahan ‘aksesori’ yang lain, namun
inilah kadar yang termampu dilaksanakan untuk tempoh masa terhad. Insyaallah, selepas ini pun saya akan
mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa.
Untuk tugasan seterusnya, iaitu pembinaan bahan
pembelajaran berbantukan komputer, tidak sesukar tugasan binaan blog.
Berbekalkan pengetahuan asas untuk Power Point di samping telah biasa
menggunakan Power Point untuk subjek terdahulu dan untuk pembentangan, memberi
kredit untuk melengkapkan tugasan ini. Hanya yang perlu difikirkan dan
ditentukan adalah tema pembelajaran yang hendak diisi di samping menyelitkan
Video, Audio, Teks dan Imej dalam satu pakej. Adalah menjadi harapan, bahan
saya ini tidak tersasar dan dapat memenuhi kehendak pensyarah pembimbing. Untuk
bahan ini, sasaran saya adalah penulisan ulasan yang terdapat dalam Kertas
Penulisan UPSR. Apa yang cuba saya sampaikan dalam bahan ini berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan saya sebagai guru Tahun 6, cara asas untuk Penulisan
Ulasan.
Untuk tugasan ini, sememangnya saya berusaha untuk melengkapkannya
kerana beranggapan dapat diserahkan pada interaksi terakhir untuk memberi
tumpuan menghadapi peperiksaan. Anggapan saya meleset, kami perlu melengkapkan
lagi tugasan blog dan pembinaan bahan ini. Bermaksud seminggu sebelum
menghadapi peperiksaan, kami perlu mengendalikan dan menguruskan lagi tugasan.
Sememangnya ini agak memberi tekanan kepada saya kerana minggu akhir ini, di
sekolah turut terlibat dengan persiapan Hari Anugerah Kecemerlangan. Saya pula
terlibat dalam AJK Hadiah yang turut “mencuri’ masa saya pada minggu ini kerana
perlu keluar mencari hadiah yang sesuai di samping perlu menyediakan 3 teks
ucapan yang turut diberikan pada saat akhir.
Sememangnya, apa yang dapat dirumuskan, titik utama
masalah di sini adalah MASA.
Kekangan masa amat memberi kesan emosi dan pengurusan diri memandangkan tugas
saya di sini bukan sahaja sebagai PELAJAR, tetapi sebagai GURU, ISTERI DAN IBU.
Apatah lagi saya perlu menguruskan anak-anak sendirian, turut memberi kesan
terhadap pengurusan masa saya untuk melaksanakan tugasan.
Walaubagaimanapun, semua ini tidak mematahkan semangat
saya. Apa sahaja yang dipelajari melalui program ini dan untuk subjek BMM3105
khasnya memberi banyak input dan ilmu yang sememangnya dapat meningkatkan tahap
keilmuan kita. Tugas sebagai pendidik sendiri yang semakin rencam memerlukan
penguasaan ilmu untuk mencambahkan lagi pemikiran kita. Insyaallah, apa yang
diharapkan segala ilmu ini dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan kita.
Harapan saya juga, agar
dapat meneruskan langkah untuk mengikuti pengajian ini dengan mudah dan
lancar. Kepada Pensyarah Pembimbing, Encik Bukhari bin Shafie, terima kasih
atas segala bimbingan. Sejujurnya ketika
melayari blog tuan bagi mendapatkan info dan bahan, saya amat tertarik dengan
gaya bahasa tuan.
Sekian.
Friday, 28 September 2012
UCAPAN YDP PIBG
TEKS UCAPAN YDP PIBG BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Yang Dihormati Saudari
Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Puan Siti Noor
bt. Iberahim,
Yang Berbahagia Dato-Dato’
dan Datin-Datin,
Seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan sekalian.
ASSALAMUALAIKUM WARAH
MATULLAH ……………..
Saya
amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan limpah taufik-Nya dapat
kita bertemu dan bersua muka di majlis Mesyuarat Agung Kali ke-6 ini. Di sini
juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk
saya menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Perjumpaan
kita dalam mesyuarat Agung ini adalah satu peristiwa penting yang diadakan oleh
pihak sekolah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan antara pihak sekolah dan
para waris. Perjumpaan ini di samping
untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, kedua-dua pihak
boleh sama-sama berbincang untuk mengetahui kebolehan, kelemahan dan sebarang
unsure-unsur yang dapat membantu memajukan prestasi sekolah ini.
Dalam
mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak
memberikan pemikiran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah
menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar SK Taman Bersatu
meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah
sebuah sekolah yang terbaik di pesisiran pantai ini.
Di
kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama kepada para waris agar sentiasa
peka dengan persekitaran kawasan sekolah. Jika hendak berurusan dengan pihak
sekolah sentiasalah memakai pakaian sopan dan sesuai . Begitu juga minta
kerjasama para waris agar mengehadkan
penghantaran anak-anak khususnya anak-anak kita di tahun satu sehingga pintu
masuk pagar sekolah sahaja. Tidak perlu menghantar anak-anak hingga pintu kelas.
Biar kita pupuk sikap berdikari anak-anak kita sedari tahun satu lagi. Begitu
juga rungutan yang kedengaran daripada pihak ibu bapa yang bimbang dengan
keperihatinan guru-guru terhadap murid-murid
yang ditempatkan di kelas-kelas akhir, percayalah guru-guru di sini
sentiasa memberikan pendidikan yang sama rata tetapi dengan kaedah yang berbeza
mengikut kemampuan anak-anak kita. Biarlah kita di pihak ibu bapa memberi
sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah yang perlu mengendalikan pelbagai
karenah anak-anak kita.
Tuan-tuan dan puan-puan ,
Bagi
mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya memerlukan
pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung
harap kepada pihak sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga
dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti
dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum
saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan
sekalian sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang
menyenangkan. Sekian.
JEMPUTAN VIP HAK
TEKS UCAPAN VIP BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Taman Bersatu. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor, Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Berusaha Saudari
Pengacara Majlis,
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Taman Bersatu. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor, Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
KEMAHIRAN BERBAHASA
SISTEM BAHASA
Berikut adalah topik-topik dalam aspek sistem bahasa untuk sekolah rendah
Berikut adalah topik-topik dalam aspek sistem bahasa untuk sekolah rendah
Tajuk-tajuk
dalam kemahiran berbahasa (tatabahasa)
bil
|
tajuk
|
1.
|
Kata nama
|
2.
|
Kata kerja
|
3.
|
Kata adjektif
|
4.
|
Kata ganti diri
|
5.
|
Kata bilangan
|
6.
|
imbuhan
|
7.
|
Kata ganda
|
8.
|
Kata sendi nama
|
9.
|
Kata hubung
|
10.
|
Kata bantu
|
11.
|
Kata majmuk
|
12.
|
Kata perintah
|
13.
|
Kata arah
|
14.
|
Kata penguat
|
15.
|
Kata pemeri
|
16.
|
Kata banyak makna
|
17.
|
Penjodoh bilangan
|
18.
|
antonim
|
19.
|
sinonim
|
20.
|
Simpulan bahasa/
peribahasa
|
21.
|
Membina jawapan
|
22.
|
Membina soalan
|
23.
|
Ayat sama maksud
|
24.
|
Ayat naïf
|
25.
|
Kesalahan umum ayat
|
26.
|
Bahasa istana
|
27.
|
Penanda wacana
|
28.
|
Hukum dm
|
Kuasai semua tajuk di atas – anda boleh
mencapai ‘a’ dalam kertas 1 bahasa melayu
Pn. Sarmiah bt. Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)