Yang Dihormati Saudari
Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Puan Siti Noor
bt. Iberahim,
Yang Berbahagia Dato-Dato’
dan Datin-Datin,
Seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan sekalian.
ASSALAMUALAIKUM WARAH
MATULLAH ……………..
Saya
amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan limpah taufik-Nya dapat
kita bertemu dan bersua muka di majlis Mesyuarat Agung Kali ke-6 ini. Di sini
juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk
saya menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini.
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Perjumpaan
kita dalam mesyuarat Agung ini adalah satu peristiwa penting yang diadakan oleh
pihak sekolah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan antara pihak sekolah dan
para waris. Perjumpaan ini di samping
untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, kedua-dua pihak
boleh sama-sama berbincang untuk mengetahui kebolehan, kelemahan dan sebarang
unsure-unsur yang dapat membantu memajukan prestasi sekolah ini.
Dalam
mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak
memberikan pemikiran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah
menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar SK Taman Bersatu
meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah
sebuah sekolah yang terbaik di pesisiran pantai ini.
Di
kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama kepada para waris agar sentiasa
peka dengan persekitaran kawasan sekolah. Jika hendak berurusan dengan pihak
sekolah sentiasalah memakai pakaian sopan dan sesuai . Begitu juga minta
kerjasama para waris agar mengehadkan
penghantaran anak-anak khususnya anak-anak kita di tahun satu sehingga pintu
masuk pagar sekolah sahaja. Tidak perlu menghantar anak-anak hingga pintu kelas.
Biar kita pupuk sikap berdikari anak-anak kita sedari tahun satu lagi. Begitu
juga rungutan yang kedengaran daripada pihak ibu bapa yang bimbang dengan
keperihatinan guru-guru terhadap murid-murid
yang ditempatkan di kelas-kelas akhir, percayalah guru-guru di sini
sentiasa memberikan pendidikan yang sama rata tetapi dengan kaedah yang berbeza
mengikut kemampuan anak-anak kita. Biarlah kita di pihak ibu bapa memberi
sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah yang perlu mengendalikan pelbagai
karenah anak-anak kita.
Tuan-tuan dan puan-puan ,
Bagi
mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya memerlukan
pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung
harap kepada pihak sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga
dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti
dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum
saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan
sekalian sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang
menyenangkan. Sekian.
minta halal....saya copy. waheda
ReplyDeletemaaf....ini bukan teks ucapan semasa hari anugerah tetapi mesyuarat agung pibg.....harap di perbetulkan....
ReplyDeletemohon share
ReplyDeleteMohon copy. terima kasih atas sumbangan ini.
ReplyDeleteSemoga sentiasa diberkati Allah SWT.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam Sejahtera ..
saya minta izin untuk copy teks ucapan ini ya, kerana saya ingin jadikannya sebagai rujukan..
terima kasih
Mohon copy
ReplyDeletemohon copy ..minta halal yaa..terima kasih
ReplyDelete