Bersempena dengan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah, murid menyampaikan ucapan bagi menghargai jasa guru. Berikut adalah ucapan contoh.....
TAJUK : MENGHARGAI
JASA GURU
PERHIMPUNAN UNIT TKRS
(PERHIMPUNAN KO-KO)
Yang Berusaha Tn Guru Besar Pn. Hjh Siti
Noor bt. Iberahim
Yang Berbahagia Barisan Penolong Kanan
Yang Dihormati Guru-Guru
Seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari yang berbahagia ini saya rasa terpanggil
untuk menyampaikan sedikit bicara bersempena dengan sambutan hari guru yang
akan kita sambut pada 16 Mei saban tahun dan insyaallah mungkin kita
berkesempatan untuk menyambutnya esok.
Rakan-rakan yang dikasihi
sekalian,
Guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, lausher dan
banyak lagi gelaran merujuk kepada
seorang individu atau insan yang mengajar kita di sekolah. Mereka ialah insan
hebat yang telah memberi didikan dan
ilmu kepada kita. Bermula dari kita tidak mengenal apa-apa, tidak mengenal ABC,
tidak mengenal 123, tidak mengenal alif, ba, ta sehinggalah ada di antara kita
yang telah berjaya mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, mahu pun
peningkatan dalam kokurikulum.
Rakan-rakan sekalian,
Ketika ini tugas guru amat mencabar, bukan sekadar
memberi didikan ilmu, malahan guru juga
terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajarnya. Kenakalan pelajar sebenarnya
tidak menjadi kudis kepada guru-guru kita asalkan mereka dapat mencurahkan ilmu
kepada kita. Itu yang perlu kita sedar wahai rakan-rakan.
Di sini juga saya ingin berkongsi rasa untuk
menyatakan peranan dan komitmen guru menuntut mereka melakukan tugas dengan
penuh sabar dan dedikasi kerana banyak perkara yang tidak pernah difikirkan
oleh kita seperti gejala merokok, ponteng, keciciran pelajaran dan sebagainya
menjadi cabaran kepada guru untuk menanganinya.
Oleh itu rakan-rakan, saya ingin menyeru kepada semua
agar kita sama-sama menyedari besarnya pengorbanan guru dan hormatilah guru
kita terutama guru-guru SK Taman Bersatu. Banyak cara untuk kita menunjukkan keikhlasan
kita menghormati mereka. Berilah tumpuan semasa mereka mengajar, relakanlah
diri kita ditegur jika telah melakukan kesilapan, berikanlah tunduk hormat
semasa menyampaikan salam, tonjolkan diri untuk menjadi pelajar cemerlang,
semua itu akan membuatkan hati guru kita menjadi girang.
Akhir kata rakan-rakan, belajarlah cara untuk
menghormati guru kita kerana mereka semua umpama ibu bapa kita. Buangkanlah
perlakuan yang bisa menghiris hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.
Sekian, sebelum saya menghabiskan bait-bait bicara, selamat menyambut hari
guru.
No comments:
Post a Comment