Renungan....

ANDA PENENTU MASA DEPAN BAHASA ANDA.....

Generasiku........

Generasiku........
Pewaris Bahasa Melayu

Thursday 30 August 2012

MANTAP KARANG

PENULISAN JENIS DIALOG


Sebagai seorang wartawan , kamu dikehendaki menemu ramah seorang pelajar cemerlang di sebuah sekolah. Tuliskan temuramah kamu itu.

Salam, kata sapaan perkenalkan diri

i.  tujuan temu ramah 
 untuk dimuatkan dalam majalah dan akhbar

ii.  ciri-ciri pelajar cemerlang 
n peramah, baik hati, suka menolong orang dan bertanggungjawab

iii.  cara belajar yang berkesan 
n tumpukan perhatian di bilik darjah 
n ulang kaji pelajaran di rumah

iv.  membuat jadual belajar di rumah , ikut jadual dan komited 
v.  kejayaan yang dicapai 
n tempat pertama dalam peperiksaan 
n tokoh pelajar sekolah 
n wakil sekolah dalam pertandingan sukan dan bahas

cita-cita jadi pelajar cemerlang hingga peringkat universiti 
doakan kejayaan - terima kasih 
  

KOLEKSI MUTIARA KATA

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."




KESALAHAN DARI SEGI FRASA


FRASA NAMA (BENTUK JAMAK DAN HUKUM DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
·        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
·        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
·        Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
·        dua biji telur
·        semua murid
·        para pendidik
·        pelbagai acara
·        segala haiwan
·        sekalian penduduk
·        seluruh kawasan

3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
·        Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·        Ayam di situ gemuk-gemuk.
·        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·        Gadis di sini cantik-cantik.
·        Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
·        D beerti unsur yang diterangkan
·        M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh:
SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini

5. Frasa Adjektif
·        Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
·        Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
·        Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat
·        Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh:  Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
               Nani mendapat markah yang
 tertinggi di dalam kelas. ( betul )
               Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
               Noralah pemain yang
 terhandal. ( betul )
               Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
               Itulah gunung yang
 tertinggi di dunia. ( betul )
·        Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah pemandangan di situ.
·        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongankami.
Saya benci akan sikapnya itu.

6. Frasa Kerja Intransitif
·        Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
·        Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.
·        Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput
  • Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Frasa Kerja Transitif
  • Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
  • Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.
Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan perjuanganmenentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif

1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.

2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·        frasa kerja pasif diri pertama
·        frasa kerja pasif diri kedua
·        frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.

4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.

5.      Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.

6.      Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.    

SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti  siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan